Akaun unizinspirations.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

FORMULA 3S

FORMULA 3S

KUASAI ILMU TAJWID

SEMUDAH 3S



JOM Semak…

Adakah anda mengaji masih ada bunyi

'loghat' atau 'slang' melayu atau kedaerahan?


Adakah anda mempunyai masalah untuk

MENGINGAT hukum-hukum Tajwid?


Alangkah bahagia dan seronoknya apabila

kita mampu membaca al-Quran

dengan LANCAR dan BERTAJWID.


Jika anda masih tercari-cari teknik, 

kaedah atau formula khusus

untuk menguasai ilmu Tajwid, 


inilah jawapannya,

FORMULA 3S. 

yea..semudah 3S untuk

anda kuasai Ilmu Tajwid.




Apa itu FORMULA 3S?



Walaupun al-Quran telah diturunkan

lebih daripada 1400 tahun dahulu,

tetapi masih ramai masyarakat Islam

khususnya orang Melayu

yang mengaji pekat 'loghat' atau

'slang' melayunya ataupun

mengikut loghat kedaerahan, kaum

mahupun mengaji seolah-olah

terikut loghat kenegerian, 

sedangkan yang terbaik adalah

bacaan mengikut lahjah arabiah.


Hal ini terjadi disebabkan kegagalan kita

untuk menyebut sesuatu huruf itu 

dengan betul, fasih serta 

menepati makhraj (tempat keluar huruf)

dan sifat-sifatnya.

Dengan Formula S1 iaitu SEBUTAN

anda akan dapat dibimbing untuk mengesan

perbezaan sebutan setiap huruf

serta memperbaiki sebutannya

mengikut lahjah arab.




Tuntutan untuk mengaji

secara bertajwid adalah fardu ain, 

atau dalam erti kata lain ianya WAJIB.

Namun,

disebabkan nama-nama hukum Tajwid 

yang agak ‘pelik’ dan sukar disebut 

seperti Ikhfa', Idgham dan sebagainya

serta kegagalan kita mengesan

ciri-ciri terjadinya sesuatu hukum itu,

menyebabkan kita sering lalai dan lupa

untuk menunaikan hak hukum Tajwid tersebut.

Dengan Formula S2 iaitu SIMBOL

anda akan diajar membaca al-Quran

hanya berpandukan simbol sesuatu hukum

tanpa mengingat namanya.

Lebih menarik lagi

sebenarnya simbol tersebut 

dah pun tersedia di dalam

al-Quran Resm Uthmani

yang kita milikinya hari ini.



Maha Suci ALLAH SWT

dengan kekuasaan dan kehebatanNYA

yang menciptakan al-Quran

semulia-mulia kitab.

Kandungan ayatnya yang mempunyai

pelbagai tempo, rentak, genre

serta keindahan bahasa 

yang tiada tandingannya.


Saiz ayat al-Quran yang pelbagai juga

seringkali menyebabkan pembaca al-Quran

tergelincir sehingga berani ‘mencuri nafas’

atau menekan ‘brek’ emergency sesuka hati

yang sebenarnya membahayakan.

Formula S3 – SLICE

akan membantu pembaca al-Quran

memandu bacaannya dengan nafas yang tenang

serta mengenal fungsi-fungsi

yang boleh digunakan pakai

sebagai ‘lampu isyarat’

dalam pembacaan al-Quran.


Formula 3S ini perlu

digabung dan diterapkan secara praktikal

dalam pembacaan al-Quran dan kesannya 

mutu pembacaan anda akan

meningkat lebih 200%.

Secara tidak langsung juga

hati dan perasaan anda akan terpukau

dengan pengembaraan penghayatan

keagungan dan kemukjizatan

kalam suci Tuhan sekalian alam ini.




Sesungguhnya jalan untuk menuju

kecemerlangan memerlukan peta.

Peta yang umat Islam perlukan

adalah al-Quran al-Karim

kerana ia adalah peta yang lengkap

lagi selamat, malah ia adalah

sebuah peta yang aqwam.

Sebagaimana yang dinyatakan

dalam surah al-Israk ayat 9,

al-Quran merupakan

sebuah kitab yang aqwam.

Aqwam bermaksud

“yang paling benar, 

paling adil dan paling tepat”.

Tidak terdapat sebarang

bengkang bengkok di dalamnya.




Amat beruntunglah bagi mereka

yang menempatkan dirinya

menjadi manusia terbaik

yang Baginda nyatakan

dalam sabdanya yang 

direkodkan oleh Imam Bukhari,

“Manusia yang paling baik

adalah orang MEMPELAJARI al-Quran

(membaca dan memahami makna al-Quran),

dan MENYAMPAIKAN ajaran al-Quran.”



Jika anda berminat untuk

mempelajari Formula 3S ini

dengan lebih terperinci 

serta bimbingan yang khusus,


Usah bertangguh lagi...

DAFTARKAN diri anda sekarang sebagai peserta


Seminar  Inspire  TAJWID  POWER

Revolusi Pembacaan al-Quran


pada 28hb Oktober 2017 | Sabtu

| 9.00 pagi - 5.00 petang |

bertempat di

JL DINAMIK, NO 15 Jalan Perling 2,

Taman Pantai Sepang Putra,

43950 Sungai Pelek, Selangor.



"hanya tinggal 17 seat sahaja". 


Bayaran komitmen anda

hanya bernilai RM87 sahaja


CEPAT...BERTINDAK SEKARANG!!!!


isi borang pendaftaran di bawah

atau

taip ITP10 dan wasap ke 010-6508087


Sebarkan dan ajaklah rakan, sahabat

dan insan yang anda sayangi

agar sama-sama memperoleh kecemerlangan

dan syafaat dengan pembacaan al-Quran

yang tepat, lancar bertajwid.